Wednesday, July 31, 2013

Sudah mati kah? Jika mati dimana kuburnya?

Jika sesiapa pernah lawati blog pertama aku dahulu. Iaitu 'ilovebraces'. Barangkali anda mungkin pernah terbaca tentang entry yang saya tujukan kepada kumpulan 'Seven Disaster'. Sebuah kumpulan yang dianggotai oleh kanak kanak nakal dan huru hara daripada Kuliah Perakaunan Dua Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. 

2013. 

Cukup dua tahun graduasi kami batch 2010/2011 keluar daripada Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masing-masing masuk universiti pilihan, dan ada yang juga yang terpaksa masuk ke universiti yang bukan pilihan yang diisi dari 1 hingga 8 dalam UPU, mungkin kerana keputusan peperiksaan PSPM tidak memuaskan. 

Ah, PSPM, rasanya susah lama tidak terkeluar dari lidah ni. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. 

Balik pada tajuk utama. Entry yang sekali lagi aku tujukan kepada kumpulan 'Seven Disaster'. 

Fazarul Iqbal Mustafa, Ajwad Shamin Abdul Malik, Ahmad Hidayat Wahy, Ariff Asyraff Norhisam, Suffian Sahuaddin, Azrin Huraira Irwan dan Iejad Saffuan. Cukup tujuh manusia yang menganggotai kumpulan ini.

Mungkin ada manusia yang mempersoalkan mengapa kehidupan aku terlalu banyak kumpulan. Terlalu banyak pertubuhan yang tidak diiktiraf ala ala gaya gangster sekolah yang baru nak naik. Jawapannya kerana aku sukakan ukhuwah yang rapat yang kami jalinkan. Kami bukan kroni-kroni batak yang suka berpuak-puak mahupun segolongan pelajar yang mahu dipandang samseng oleh rakan sebaya. Itu bukan kami.

Namun jika dalam kumpulan, kami ada identiti kami ada boundary sendiri.

Dalam menempuh hari hari di matrikulasi, 6 individu yang terpampang namanya diatas adalah manusia yang telah mewarnai hidup aku selama tempoh satu tahun itu.

Wahai SevenD sekalian, jika kalian terbaca artikel ini. Ketahuilah, aku rindukan masa kita bersama, huru hara bersama mahupun didenda bersama. Walaupun perkataan rindu itu seperti simbolik kepada lelaki hati tisu. Namun percayalah, aku rindukan kalian.

Sejak keluar daripada matrik, perhatikanlah, tidak pernah cukup kita bertemu. Ada sahaja yang tidak cukup. Ada sahaja forum yang kosong.

Namun, orang yang paling lama aku tak jumpa, Arif, individu yang hyperaktif. Sejak menyorong bagasi keluar daripada matrikulasi, entiti ini tidak pernah aku temui walaupun sekali. Hanya melihat tweet tweet dan fotonya sahaja dilaman sosial.

Yang kedua, Fazarul. Individu kecil molek yang aku amat rindui. Lama juga tidak bertemu dengannya, mungkin dia dah tawar hati nak turun ke port dickson bandar maksiat ini. Ataupun terlalu sibuk dengan urusannya. Aku faham. Fazarul, adalah orang yang tak reti nak penat.

Yang ketiga pula Ajwad. Manusia penuh tawa, penuh muslihat ketika membahan kawan lain. Ajwad pun lebih kurang dengan fazarul. Ada sahaja perancangan semasa cuti. Sukar juga nak bertemu lelaki ini.

Bagi, Hidayat, Huraira dan Sufian, mereka satu institusi dengan aku, namun tak pula aku kata aku tak rindu mereka, cuma nak jumpa mereka itu mudah. Tidak sesukar 3 entiti tadi.

Sekian.

Thanks Shakila.

Tuesday, July 23, 2013

Ke garisan, sedia..

Ini blog kedua selepas blog pertama di deactivate.

Post ini hanya akan berkisar tentang siapa penulis blog ini. Bukankah itu yang sepatutnya untuk post yang pertama bagi setiap blog?

Al-kisah. Aku hanya seorang budak lelaki hasil dari perkahwinan seorang askar dan bekas jururawat. Tiada salah silah yang istimewa.

Seorang penuntut yang masih menunggu untuk segulung ijazah. Seorang lelaki yang masih menunggu kehadiran cinta yang kononnya setia. Seorang anak yang masih mampu berbakti kepada ibu bapa.

Aku tak kisah nukilan aku tidak dibaca sesiapa
. Aku suka berkongsi.

Akhir sekali. Aku suka berkawan. Namun aku tak pandai nak mulakan. Sekian. :)
Ini zaman baru nak up. Tapi aku bangga sebab at least aku ada zaman tu.