Monday, August 19, 2013

Mati.

Merupakan satu ibadah bagi kita yang beragama islam supaya mengingati mati.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. - petikan dari Surah an-Nisa' ; 78.

Dan aku tidak terlepas dari membayangkan saat mati aku. Cukupkah kewajiban ku? Cukupkah sedekah ku? Cukupkah amalan aku untuk aku rasa selesa menghadapi sakaratul maut nanti?

Kemudian, cukup banyakkah pula sahabat yang aku sahamkan untuk mandikan, kapankan dan angkatkan mayat aku kelak? Cukup kuat kah ikatan persahabatan kami untuk mereka semaikan ciuman mereka di dahi mayat aku yang sudah sejuk nanti?

Sesudah amalan, perkara inilah yang aku paling khuatir sekali.

Andaikan ditakdirkan aku mati dilanggar lori. Berkecai otak dari kepala. Berkecai usus dari badan. Semasa itu, berapa banyakkah sahabat aku yang mahu membantu menguruskan mayat aku? Berapa banyakkah sahabat yang mampu melihat ke arah mayatku tanpa memalingkan muka mereka tanda jelek dengan keadaan mayat aku. Berapa ramaikah?

Andaikan ditakdirkan mati aku kejung di dalam bilik yang berkunci. Seminggu kemudian barulah ada jiran yang perasan. Itupun punca dari bau busuk mayat aku. Masa itu, berapa ramai sahabat yang mahu membantu keluarkan mayat aku dari bilik itu? Berapa ramai yang mahu membantu kiamkan mayat aku yang sudah keras kejung. Yang sudah kembung.
Atau mungkin mereka serahkan pada polis serta merta?

Allahualam.

Sahabat itu saham.

Permudahkanlah matiku Ya Allah. Amin.

Thursday, August 15, 2013

Kawan baik.

Jujur.
Aku takda kawan baik. Kawan ketawa bersama menangis bersama. Maksud aku dekat sini kawan yang sangat rapat, yang betul-betul lend their shoulder bila aku totally down. Seriously takda. Maybe yang hampir tue ada beberapa orang. Tapi bila difikirkan balik. Oh tidak, takda.

Kalau setakat kawan-kawan biasa, kawan kawan lepak, kawan kawan futsal, kawan-kawan masa senang.
Itu ramai.

Sumpah aku cemburu bila tengok orang lain yang ada kawan daripada kecik. Kawan dari bangku sekolah. Yang dah bertahun-tahun bersama. Aku? Sumpah takda.

Kenapa? sebab bapa aku askar. Kami nomad. Kami berpindah-randah. Setiap kali bapa aku naik satu pangkat, then mereka akan dihantar ke unit, atau kem yang lain. Mungkin luar negeri.

Bagi keluarga aku sahaja, kami pernah menetap di Port Dickson 12 tahun, then berpindah ke Melaka, 2 tahun. Dan berpindah lagi ke Kedah selama 2 tahun, akhir sekali berpatah balik ke Port Dickson sehingga kini.

Jujurlah. Aku tak suka hidup macam nie. Aku tak suka nomad. Tapi bukan bermaksud aku tak suka pembaharuan atau pun aku seorang Centhophobia. Cuma aku dah muak.

Tapi kenapa aku tak suka nie? First of all, adalah sebab setiap kali aku berpindah ke tempat baru. Aku terpaksa bermula dari kosong balik. Aku terpaksa cari rakan baru. Aku terpaksa adapt dengan cara hidup di negeri baru. Rumah dan kejiranan baru.

Kau akan rasa useless bila kau terpaksa tinggalkan kawan kawan lama kau. Kawan kawan yang dah faham kau, yang dah kenal kau siapa. Yang dah already connect invisible thread dengan kau. So apa guna aku kawan dengan mereka tapi finally aku kena tinggalkan mereka and bila jumpa balik, kami akan jadi awkward dan act like a strangers. Mana bond kita yang dulu?

Korang takkan faham sebab korang tak rasa.

Bagi aku, kawan yang betul betul kawan sehingga mati adalah kawan yang angkat call aku pukul 4 pagi masa motor aku tengah jem dekat highway Seremban-PD, datang bergegas dengan muka mengantuk. Ataupun kawan yang masih lagi boleh berkongsi semangkuk maggi di akhir-akhir semester.

Sebab apa mereka kawan sehinga mati? Sebab 'Friends show their love in times of trouble, not in happiness'

Dan sehingga sekarang. Aku masih lagi mencari kawan itu.

The only way to have a friend is to be one - Ralph Waldo Emerson 



 Sekian.

Sunday, August 11, 2013

Aidilfitri Generasi Y.

Ketika aku post entry ini, mereka semua sedang berduka dengan kekalahan Dato Lee Chong Wei terhadap Lin Dan.

Tapi bukan itu yang aku nak isukan dekat sini. Sebab kekalahan tadi terlalu epic fail. Aku tak suka epic fail.
Aku disini cuma nak abadikan satu entry berkenaan aidilfitri. Kita baru raya keempat kan. Ke typical sangat ek?


Ahh tak kira, proceed juga. Bukan apa sangat pon, apa aku nak sampaikan dekat sini adalah pemerhatian aku pada raya kali ini. Aidilfitri 2013. 
Mungkin titik permulaan bagi ‘perayaan gaya baru'. 
Gaya yang bagaimana?  Gadget. Game. Dan internet.
Ia dipelopori juga oleh generasi baru. 
Generasi apa?
Generasi Y. 
Siapa tue? 


Kita lah.


Okay, first scene.
Boleh bayangkan tak, yang dahulunya ketika semasa kita kecil, bila ada tetamu datang ke rumah, kita yang perlu pergi ke pintu untuk menyambut tetamu, salam mereka, greet dengan ucapan hari raya.

Tapi aku tak nampak benda benda itu untuk dekad sekarang. Kanak-kanak sekarang lebih gemar melekat dengan gadget dan selular canggih mereka. Mata tak boleh lari dari screen, punggung tak boleh bangun dari duduk. Hebat betul kuasa teknologi. Lebih teruk lagi, tetamu pula yang kena pergi dekat diorang, salam satu per satu. Biadap.



Second scene pula.
Tetamu yang bertandang ke rumah orang, kemudian minta password wifi home. Mereka tidak demand untuk almond london atau air sarsaparilla sejuk. Cukup hanya password wifi. Mudah layan mereka nie. Tapi kalau nak yang lagi berbudi bahasa, yang jenis lepas minta jer password, share terus ramai-ramai. Bagus sangat.

Seharusnya pada raya begini, bukan sosial site atau games yang kita harus tekankan, tapi perhubungan dengan orang sekeliling kita. Tapi nak buat bagaimana, cara itu dah sebati sekarang.

Bukan nak cakap aku tak buat langsung. Cuma aku berjaya minimize dan handle addiction tue. Sikit-sikit tue ada juga aku jengah ke laman twitter, ada juga main game, tapi bukanlah masa orang nak ziarah rumah.

'Zaman sekarang, kebanyakan remaja adalah jenis mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat. Orang yang jauh ditanya khabar bagai, tapi orang yang duduk disebelahnya tak pula bertegur sapa. Tablet dah jadi tuhan mereka, tertunduk setia tak terkelip mata.' - (Zahar,2013)

p/s : Rindu pula ingin melihat kanak-kanak yang nafsunya pada hari raya hanya ditumpukan pada baju baru dan duit raya. Maksud aku duit yang kau perlu kumpul sendiri dengan kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah. Kena berjalan panas-panas bersama dua atau tiga teman lain. Semua secara manual. Bukan duit yang kau dapat lepas berjaya dalam larian Minion Rush.

Entry ini note to myself juga. Kan saya tulis Generasi Y itu adalah KITA.

Sekian.

Sunday, August 4, 2013

Ukhuwah dan selamat.

Lima Ogos Dua Ribu Tiga Belas.

Lagi tiga hari nak menyambut aidilfitri, ada yang gembira, ada juga yang berduka. Bagi mereka pencinta ramadhan, tentu sedih dengan penamatnya bulan rahmat. Bagi aku, mungkin aidilfitri kali ini masih sama dengan tahun tahun lepas, cuma pinggang makin membesar dan berat semakin meningkat. Yang lain, tak banyak beza.

Misi aku bagi aidilfitri kali nie, aku nak melawat rakan rakan yang dah lama sangat aku tak jumpa. Yang hanya aku lihat perkembangan mereka di news feed facebook dan timeline twitter.

Bagi aku, masa aku remaja nie lah aku nak menghabiskan masa dengan menjaga ukhuwah yang aku dah lama jalinkan dan benih persahabatan yang aku dah lama semaikan supaya ia tumbuh mekar di laman kasih sayang.




Amboi bahasa.

Dan sekali lagi, imaginasi aku melayang. 
Aku dapat bayangkan keadaan aku lagi 40 tahun. 
Aku hanya seorang lelaki yang tak mampu lagi nak berdiri. Tersandar diam membisu di atas kerusi roda, disorong ke sana ke mari bergantung kepada si penolak. 

Sendi-sendi pula dah tak larat nak berfungsi, kulit pun dah kendur berkedut tak bergetah lagi. Cucu-cucu pon rasa takut nak main dekat, sebab masa tu mungkin diorang keliru aku nie manusia ataupun mayat.

Semakin lama aku hidup, tentunya semakin banyak ubat yang perlu aku telan, tentunya semakin ramai kawan-kawan seusia dengan aku pergi menatap ilahi. Masa itu, tentunya aku dah tak larat nak pergi majlis pengebumian mereka. Mungkin hanya doa dari kerusi roda buruk yang aku dapat kirimkan.

Maka, sebelum sampainya masa itu, marilah kita menjaga persahabatan ini. Ziarah menziarahilah sesama kita lagi lagi di musim aidilfitri ini. 

Di kesempatan ini, aku, Shazrul Haizat Bin Saffuan, 212394, ingin memohon ampun dan maaf, kepada semua rakan rakan yang mengenali manusia ini, sepuluh jari aku susunkan demi meminta maaf diatas kekhilafan aku yang lalu. Semoga kemaafan dari kalian dibalas dengan keredhaan daripada-Nya. Amin.

p/s : Jemputlah datang rumah raya kali ini. Telefon dulu kalau nak datang, supaya dapat aku tahu saiz hidangan. Jangan cuba-cuba buat kejutan, sebab aku takut aku takda dekat rumah. Dan kepada yang tak tahu alamat, mesej saja inbox aku, aku akan bagi maklumat dengan terperinci. 

Selamat.

Sekian.


Friday, August 2, 2013

Fazarul Iqbal Mustafa

Fazarul Iqbal Mustafa.

Lelaki bertubuh kecil yang aku mula kenal ketika Kejohanan Bola Tampar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Lelaki yang selayaknya digelar sahabat.




2013.

Rasanya hampir 2 tahun dah tak bertemu dengan manusia ini. Kali terakhir berjumpa, hanya sempat melarikan beliau keluar dari Universiti Malaya. Itupun masih banyak benda yang mahu diborakkan.

Sejak kenal dengan ibal, aku sangat sangat mengagumi perwatakannya. Walaupun aku tak pernah nak cakap padanya secara depan depan. Mana taknya, mahu kembang punggungnya pulak nanti.

Sebagai rakan, aku tidak nampak dari segi mana insan bernama Fazarul Iqbal patut dimusuhi. Dia peramah, peramahnya pula tidak nampak annoying. Dengan lelaki dia baik, dengan wanita pon dia mesra. Tanya saja wanita-wanita satu kelas dengannya, yang mana satu yang tak menyenanginya.

Sudut yang paling aku tabik dalam diri ibal nie adalah usahanya. Dia seorang yang hardworking. Kadang kadang, kerajinannya mengalahkan perempuan. Jika tengok cara dia study, tak mustahillah dia dapat 4 flat selama 2 semester di matrikulasi.

Dan perangai ibal yang aku paling suka pula, sifat dia dalam membantu rakan. Dia sanggup mengajar sesiapa sahaja supaya dapat berjaya bersama. Aku ingat, minggu sebelum PSPM, dialah individu yang banyak membantu aku mengulangkaji pelajaran. Dia tak pentingkan diri walaupun dia dah belajar benda tue sekali pon.

Sebab aku ingat, Ibal pernah cakap dekat aku, 'A creative man is motivated by the desire to success, not to beat others.'

Fazarul Iqbal, manusia penyabar yang tahan kerenah aku. Yang tahan kelembapan aku.

Ibal, kalau kau terbaca entry nie. Aku cukup rindukan persahabatan kita. Cukup rindukan masa kita bersama. Walaupun sounds fishy. Tapi salahkah aku nak merindui sahabat lama yang banyak membantu aku nie?
Fazarul Iqbal 2 tahun yang lepas.

2 Ogos 2013.

10 hari lagi hari lahir ibal. Aku ada whatsapp dia baru baru nie, tapi layanan dia pada aku sedikit hambar. Mungkin sebab dia sibuk bekerja. Tak menang tangan. Atau mungkin dia awkward nak jumpa kawan lama.

Ibal, aku doakan kau berjaya dunia akhirat, diberikan rezeki yang melimpah ruah. Semoga menjadi insan yang berguna.

Fazarul Iqbal, mungkin itu adalah nama yang akan aku titipkan kepada anak aku nanti, semoga sedikit sebanyak dia dapat sedikit tempias perwatakan Fazarul Iqbal Mustapha.

Sekian.

Wednesday, July 31, 2013

Sudah mati kah? Jika mati dimana kuburnya?

Jika sesiapa pernah lawati blog pertama aku dahulu. Iaitu 'ilovebraces'. Barangkali anda mungkin pernah terbaca tentang entry yang saya tujukan kepada kumpulan 'Seven Disaster'. Sebuah kumpulan yang dianggotai oleh kanak kanak nakal dan huru hara daripada Kuliah Perakaunan Dua Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. 

2013. 

Cukup dua tahun graduasi kami batch 2010/2011 keluar daripada Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masing-masing masuk universiti pilihan, dan ada yang juga yang terpaksa masuk ke universiti yang bukan pilihan yang diisi dari 1 hingga 8 dalam UPU, mungkin kerana keputusan peperiksaan PSPM tidak memuaskan. 

Ah, PSPM, rasanya susah lama tidak terkeluar dari lidah ni. Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. 

Balik pada tajuk utama. Entry yang sekali lagi aku tujukan kepada kumpulan 'Seven Disaster'. 

Fazarul Iqbal Mustafa, Ajwad Shamin Abdul Malik, Ahmad Hidayat Wahy, Ariff Asyraff Norhisam, Suffian Sahuaddin, Azrin Huraira Irwan dan Iejad Saffuan. Cukup tujuh manusia yang menganggotai kumpulan ini.

Mungkin ada manusia yang mempersoalkan mengapa kehidupan aku terlalu banyak kumpulan. Terlalu banyak pertubuhan yang tidak diiktiraf ala ala gaya gangster sekolah yang baru nak naik. Jawapannya kerana aku sukakan ukhuwah yang rapat yang kami jalinkan. Kami bukan kroni-kroni batak yang suka berpuak-puak mahupun segolongan pelajar yang mahu dipandang samseng oleh rakan sebaya. Itu bukan kami.

Namun jika dalam kumpulan, kami ada identiti kami ada boundary sendiri.

Dalam menempuh hari hari di matrikulasi, 6 individu yang terpampang namanya diatas adalah manusia yang telah mewarnai hidup aku selama tempoh satu tahun itu.

Wahai SevenD sekalian, jika kalian terbaca artikel ini. Ketahuilah, aku rindukan masa kita bersama, huru hara bersama mahupun didenda bersama. Walaupun perkataan rindu itu seperti simbolik kepada lelaki hati tisu. Namun percayalah, aku rindukan kalian.

Sejak keluar daripada matrik, perhatikanlah, tidak pernah cukup kita bertemu. Ada sahaja yang tidak cukup. Ada sahaja forum yang kosong.

Namun, orang yang paling lama aku tak jumpa, Arif, individu yang hyperaktif. Sejak menyorong bagasi keluar daripada matrikulasi, entiti ini tidak pernah aku temui walaupun sekali. Hanya melihat tweet tweet dan fotonya sahaja dilaman sosial.

Yang kedua, Fazarul. Individu kecil molek yang aku amat rindui. Lama juga tidak bertemu dengannya, mungkin dia dah tawar hati nak turun ke port dickson bandar maksiat ini. Ataupun terlalu sibuk dengan urusannya. Aku faham. Fazarul, adalah orang yang tak reti nak penat.

Yang ketiga pula Ajwad. Manusia penuh tawa, penuh muslihat ketika membahan kawan lain. Ajwad pun lebih kurang dengan fazarul. Ada sahaja perancangan semasa cuti. Sukar juga nak bertemu lelaki ini.

Bagi, Hidayat, Huraira dan Sufian, mereka satu institusi dengan aku, namun tak pula aku kata aku tak rindu mereka, cuma nak jumpa mereka itu mudah. Tidak sesukar 3 entiti tadi.

Sekian.

Thanks Shakila.

Tuesday, July 23, 2013

Ke garisan, sedia..

Ini blog kedua selepas blog pertama di deactivate.

Post ini hanya akan berkisar tentang siapa penulis blog ini. Bukankah itu yang sepatutnya untuk post yang pertama bagi setiap blog?

Al-kisah. Aku hanya seorang budak lelaki hasil dari perkahwinan seorang askar dan bekas jururawat. Tiada salah silah yang istimewa.

Seorang penuntut yang masih menunggu untuk segulung ijazah. Seorang lelaki yang masih menunggu kehadiran cinta yang kononnya setia. Seorang anak yang masih mampu berbakti kepada ibu bapa.

Aku tak kisah nukilan aku tidak dibaca sesiapa
. Aku suka berkongsi.

Akhir sekali. Aku suka berkawan. Namun aku tak pandai nak mulakan. Sekian. :)
Ini zaman baru nak up. Tapi aku bangga sebab at least aku ada zaman tu.