Friday, August 2, 2013

Fazarul Iqbal Mustafa

Fazarul Iqbal Mustafa.

Lelaki bertubuh kecil yang aku mula kenal ketika Kejohanan Bola Tampar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Lelaki yang selayaknya digelar sahabat.




2013.

Rasanya hampir 2 tahun dah tak bertemu dengan manusia ini. Kali terakhir berjumpa, hanya sempat melarikan beliau keluar dari Universiti Malaya. Itupun masih banyak benda yang mahu diborakkan.

Sejak kenal dengan ibal, aku sangat sangat mengagumi perwatakannya. Walaupun aku tak pernah nak cakap padanya secara depan depan. Mana taknya, mahu kembang punggungnya pulak nanti.

Sebagai rakan, aku tidak nampak dari segi mana insan bernama Fazarul Iqbal patut dimusuhi. Dia peramah, peramahnya pula tidak nampak annoying. Dengan lelaki dia baik, dengan wanita pon dia mesra. Tanya saja wanita-wanita satu kelas dengannya, yang mana satu yang tak menyenanginya.

Sudut yang paling aku tabik dalam diri ibal nie adalah usahanya. Dia seorang yang hardworking. Kadang kadang, kerajinannya mengalahkan perempuan. Jika tengok cara dia study, tak mustahillah dia dapat 4 flat selama 2 semester di matrikulasi.

Dan perangai ibal yang aku paling suka pula, sifat dia dalam membantu rakan. Dia sanggup mengajar sesiapa sahaja supaya dapat berjaya bersama. Aku ingat, minggu sebelum PSPM, dialah individu yang banyak membantu aku mengulangkaji pelajaran. Dia tak pentingkan diri walaupun dia dah belajar benda tue sekali pon.

Sebab aku ingat, Ibal pernah cakap dekat aku, 'A creative man is motivated by the desire to success, not to beat others.'

Fazarul Iqbal, manusia penyabar yang tahan kerenah aku. Yang tahan kelembapan aku.

Ibal, kalau kau terbaca entry nie. Aku cukup rindukan persahabatan kita. Cukup rindukan masa kita bersama. Walaupun sounds fishy. Tapi salahkah aku nak merindui sahabat lama yang banyak membantu aku nie?
Fazarul Iqbal 2 tahun yang lepas.

2 Ogos 2013.

10 hari lagi hari lahir ibal. Aku ada whatsapp dia baru baru nie, tapi layanan dia pada aku sedikit hambar. Mungkin sebab dia sibuk bekerja. Tak menang tangan. Atau mungkin dia awkward nak jumpa kawan lama.

Ibal, aku doakan kau berjaya dunia akhirat, diberikan rezeki yang melimpah ruah. Semoga menjadi insan yang berguna.

Fazarul Iqbal, mungkin itu adalah nama yang akan aku titipkan kepada anak aku nanti, semoga sedikit sebanyak dia dapat sedikit tempias perwatakan Fazarul Iqbal Mustapha.

Sekian.

1 comment:

  1. :').. aku doa dia baca ni iejad. aku doa meresap masuk dalam hati dia betapa ada insan yang rindukan dia. aku harap dia bersyukur sebab ada sahabat yang sayangkan dia macam kau. bila dia ada gembira, bila dia tak ada, rasa kurang and hilang.
    aku doakan korang 7 orang boleh kumpul balik. :')

    ReplyDelete