Sunday, August 4, 2013

Ukhuwah dan selamat.

Lima Ogos Dua Ribu Tiga Belas.

Lagi tiga hari nak menyambut aidilfitri, ada yang gembira, ada juga yang berduka. Bagi mereka pencinta ramadhan, tentu sedih dengan penamatnya bulan rahmat. Bagi aku, mungkin aidilfitri kali ini masih sama dengan tahun tahun lepas, cuma pinggang makin membesar dan berat semakin meningkat. Yang lain, tak banyak beza.

Misi aku bagi aidilfitri kali nie, aku nak melawat rakan rakan yang dah lama sangat aku tak jumpa. Yang hanya aku lihat perkembangan mereka di news feed facebook dan timeline twitter.

Bagi aku, masa aku remaja nie lah aku nak menghabiskan masa dengan menjaga ukhuwah yang aku dah lama jalinkan dan benih persahabatan yang aku dah lama semaikan supaya ia tumbuh mekar di laman kasih sayang.




Amboi bahasa.

Dan sekali lagi, imaginasi aku melayang. 
Aku dapat bayangkan keadaan aku lagi 40 tahun. 
Aku hanya seorang lelaki yang tak mampu lagi nak berdiri. Tersandar diam membisu di atas kerusi roda, disorong ke sana ke mari bergantung kepada si penolak. 

Sendi-sendi pula dah tak larat nak berfungsi, kulit pun dah kendur berkedut tak bergetah lagi. Cucu-cucu pon rasa takut nak main dekat, sebab masa tu mungkin diorang keliru aku nie manusia ataupun mayat.

Semakin lama aku hidup, tentunya semakin banyak ubat yang perlu aku telan, tentunya semakin ramai kawan-kawan seusia dengan aku pergi menatap ilahi. Masa itu, tentunya aku dah tak larat nak pergi majlis pengebumian mereka. Mungkin hanya doa dari kerusi roda buruk yang aku dapat kirimkan.

Maka, sebelum sampainya masa itu, marilah kita menjaga persahabatan ini. Ziarah menziarahilah sesama kita lagi lagi di musim aidilfitri ini. 

Di kesempatan ini, aku, Shazrul Haizat Bin Saffuan, 212394, ingin memohon ampun dan maaf, kepada semua rakan rakan yang mengenali manusia ini, sepuluh jari aku susunkan demi meminta maaf diatas kekhilafan aku yang lalu. Semoga kemaafan dari kalian dibalas dengan keredhaan daripada-Nya. Amin.

p/s : Jemputlah datang rumah raya kali ini. Telefon dulu kalau nak datang, supaya dapat aku tahu saiz hidangan. Jangan cuba-cuba buat kejutan, sebab aku takut aku takda dekat rumah. Dan kepada yang tak tahu alamat, mesej saja inbox aku, aku akan bagi maklumat dengan terperinci. 

Selamat.

Sekian.


No comments:

Post a Comment