Sunday, August 11, 2013

Aidilfitri Generasi Y.

Ketika aku post entry ini, mereka semua sedang berduka dengan kekalahan Dato Lee Chong Wei terhadap Lin Dan.

Tapi bukan itu yang aku nak isukan dekat sini. Sebab kekalahan tadi terlalu epic fail. Aku tak suka epic fail.
Aku disini cuma nak abadikan satu entry berkenaan aidilfitri. Kita baru raya keempat kan. Ke typical sangat ek?


Ahh tak kira, proceed juga. Bukan apa sangat pon, apa aku nak sampaikan dekat sini adalah pemerhatian aku pada raya kali ini. Aidilfitri 2013. 
Mungkin titik permulaan bagi ‘perayaan gaya baru'. 
Gaya yang bagaimana?  Gadget. Game. Dan internet.
Ia dipelopori juga oleh generasi baru. 
Generasi apa?
Generasi Y. 
Siapa tue? 


Kita lah.


Okay, first scene.
Boleh bayangkan tak, yang dahulunya ketika semasa kita kecil, bila ada tetamu datang ke rumah, kita yang perlu pergi ke pintu untuk menyambut tetamu, salam mereka, greet dengan ucapan hari raya.

Tapi aku tak nampak benda benda itu untuk dekad sekarang. Kanak-kanak sekarang lebih gemar melekat dengan gadget dan selular canggih mereka. Mata tak boleh lari dari screen, punggung tak boleh bangun dari duduk. Hebat betul kuasa teknologi. Lebih teruk lagi, tetamu pula yang kena pergi dekat diorang, salam satu per satu. Biadap.



Second scene pula.
Tetamu yang bertandang ke rumah orang, kemudian minta password wifi home. Mereka tidak demand untuk almond london atau air sarsaparilla sejuk. Cukup hanya password wifi. Mudah layan mereka nie. Tapi kalau nak yang lagi berbudi bahasa, yang jenis lepas minta jer password, share terus ramai-ramai. Bagus sangat.

Seharusnya pada raya begini, bukan sosial site atau games yang kita harus tekankan, tapi perhubungan dengan orang sekeliling kita. Tapi nak buat bagaimana, cara itu dah sebati sekarang.

Bukan nak cakap aku tak buat langsung. Cuma aku berjaya minimize dan handle addiction tue. Sikit-sikit tue ada juga aku jengah ke laman twitter, ada juga main game, tapi bukanlah masa orang nak ziarah rumah.

'Zaman sekarang, kebanyakan remaja adalah jenis mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat. Orang yang jauh ditanya khabar bagai, tapi orang yang duduk disebelahnya tak pula bertegur sapa. Tablet dah jadi tuhan mereka, tertunduk setia tak terkelip mata.' - (Zahar,2013)

p/s : Rindu pula ingin melihat kanak-kanak yang nafsunya pada hari raya hanya ditumpukan pada baju baru dan duit raya. Maksud aku duit yang kau perlu kumpul sendiri dengan kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah. Kena berjalan panas-panas bersama dua atau tiga teman lain. Semua secara manual. Bukan duit yang kau dapat lepas berjaya dalam larian Minion Rush.

Entry ini note to myself juga. Kan saya tulis Generasi Y itu adalah KITA.

Sekian.

No comments:

Post a Comment