Monday, August 19, 2013

Mati.

Merupakan satu ibadah bagi kita yang beragama islam supaya mengingati mati.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. - petikan dari Surah an-Nisa' ; 78.

Dan aku tidak terlepas dari membayangkan saat mati aku. Cukupkah kewajiban ku? Cukupkah sedekah ku? Cukupkah amalan aku untuk aku rasa selesa menghadapi sakaratul maut nanti?

Kemudian, cukup banyakkah pula sahabat yang aku sahamkan untuk mandikan, kapankan dan angkatkan mayat aku kelak? Cukup kuat kah ikatan persahabatan kami untuk mereka semaikan ciuman mereka di dahi mayat aku yang sudah sejuk nanti?

Sesudah amalan, perkara inilah yang aku paling khuatir sekali.

Andaikan ditakdirkan aku mati dilanggar lori. Berkecai otak dari kepala. Berkecai usus dari badan. Semasa itu, berapa banyakkah sahabat aku yang mahu membantu menguruskan mayat aku? Berapa banyakkah sahabat yang mampu melihat ke arah mayatku tanpa memalingkan muka mereka tanda jelek dengan keadaan mayat aku. Berapa ramaikah?

Andaikan ditakdirkan mati aku kejung di dalam bilik yang berkunci. Seminggu kemudian barulah ada jiran yang perasan. Itupun punca dari bau busuk mayat aku. Masa itu, berapa ramai sahabat yang mahu membantu keluarkan mayat aku dari bilik itu? Berapa ramai yang mahu membantu kiamkan mayat aku yang sudah keras kejung. Yang sudah kembung.
Atau mungkin mereka serahkan pada polis serta merta?

Allahualam.

Sahabat itu saham.

Permudahkanlah matiku Ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment